Sebelum kita berkongsi tempat makan yang best2 kat kuching ni, elok kita kenal2 dulu ngan negeri bumi kenyalang ni.
Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting. Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan. Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.
Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (ibu negeri), Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.
Makanan-makanan yang menarik kat sarawak ni antaranya mee kolok, laksa sarawak, kek lapis dan macam2 lagi la. Untuk musim yang pertama ni, penulis nak bawak anda semua explore tempat makan best kat kuching. tak kesah la makanan tradisi ke tidak, yang penting dapat bagi informasi yg best kat anda yang berkunjung ke kuching sarawak ni. Jom Makan~!
No comments:
Post a Comment